Sejarah DRÄXLMAIER

Mencipta
Sejarah automotif

Pembekal automotif Jerman ini telah membuka kilang pertamanya di Malaysia pada tahun 1998 dengan hanya 30 orang pekerja. Kini, DRÄXLMAIER memiliki dua buah kilang di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada rangkaian sedunia syarikat ini. Sejak itu, syarikat ini telah meluaskan hubungan dengan pelanggan tempatan, meluaskan lokasi dan mengambil pekerja tambahan.

Sebelum 1998: Sejarah keluarga Dräxlmaier

Goggo
dan garpu

1958 Fritz dan Lisa Dräxlmaier "senior" menubuhkan syarikat baharu. Pesanan pertama syarikat baharu ini:- pengeluaran 50,000 pendawaian abah abah kereta untuk Goggomobil. Masa tunggu yang pendek dan ketidakpastian minat terhadap kereta tersebut telah menyebabkan penubuhan syarikat ini agak mencabar. Walau bagaimanapun ketekunan dan kepintaran pengasas telah memastikan kejayaan syarikat. Dengan bantuan pekerja rumah dan garpu, abah abah kereta pertama mula dikeluarkan dan dihantar kepada Hans Glas GmbH. Pesanan buat kali pertama untuk bahagian dalaman juga dibuat tidak lama kemudian. DRÄXLMAIER juga membekalkan perapi pintu bagi Goggo.

1998-2007: Permulaan di Malaysia

Segala-galanya
bermula

Pada 27 Jun 1998, kilang DRÄXLMAIER pertama di Malaysia dibuka.

Pada tahun 2001, usaha sama dengan APM Malaysia telah dilakukan dan, ia dinamakan D&A Electrical Systems Sdn Bhd dan  bertempat di Silibin, Ipoh, Perak. Pembukaan kilang tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar pada waktu tersebut, Dato Seri Tajol Rosli. Pada mulanya, terdapat 30 orang pekerja di DRÄXLMAIER Malaysia.

Pada tahun 24hb Mei 2007, D& A telah menukar namanya kepada DEM Draexlmaier Automotive Systems (M) Sdn Bhd.

Pada suku tahun pertama 2009. sebuah kilang baru telah dibeli di Chemor, Ceramic Industrial Park dan kami telah memulakan operasi dikilang tersebut.

Pada tahun 24hb Mei 2007, D& A telah menukar namanya kepada DEM Draexlmaier Automotive Systems (M) Sdn Bhd.

DRÄXLMAIER pada masa depan

Mobiliti masa
depan

Di  masa hadapan , kereta akan dikendalikan secara berautonomi, berangkaian dan dan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya. DRÄXLMAIER sudah membuat persediaan optimum untuk menghadapi perubahan tersebut dalam industri automotif. Adakah anda ingin membantu membentuk masa depan anda dengan DRÄXLMAIER?

Mohon sekarang

Menjejaki asal-usul